Sejarah penemuan dan penerbitan Teks Piramid

Ahli kaji purba dan Mesir dari Perancis bernama Gaston Maspero, pengarah Institut Perancis bagi Arkeologi Oriental di Kaherah, tiba ke Mesir pada tahun 1880. Beliau memilih sebidang tapak di Saqarah Selatan, sebuah bukit yang pernah dipetakan oleh ahli kaji Mesir dari Prussia bernama Karl Richard Lepsius beberapa puluh tahun dahulu, sebagai tempat tapak gali carinya (ekskavasi) yang pertama. Di sana beliau terjumpa peninggalan suatu struktur yang besar, yang beliau ingatkan piramid Pepi I dari Wangsa Keenam. Semasa proses ekskavasi, beliau dapat masuk ke ruang bawah tanah dan terjumpa sebuah dinding yang dipenuhi teks hieroglif.[8] Beliau menghubungi pengarah ekskavasi di Mesir, Auguste Mariette, untuk memberitahu tentang penemuannya, namun Mariette percaya bahawa struktur tersebut hanyalah sebuah mastaba (sejenis makam Mesir) kerana sebelum ini mereka belum pernah lihat piramid yang ada tulisan dalamnya.[8]

Pyramid of Merenre I, one of the earliest pyramids in which Maspero discovered the Pyramid Texts.

Maspero meneruskan ekskavasi beliau di struktur kedua, kira-kira satu kilometer hala barat daya dari struktur pertama, untuk mencari lebih banyak bahan bukti. Struktur kedua ini akhirnya didapati sebenarnya piramid Merenre I, pemangku Pepi I.[8] Di sana, Maspero terjumpa teks hieroglif yang sama beliau jumpa di piramid Pepi I,[8] dengan mumia dalam sarkofagus pemilik makam tersebut.[9][10][8] Kali ini, beliau berjumpa dengan Mariette secara berdepan, namun beliau menolak penemuan tersebut dan berkata semasa uzur tenat, "dalam tiga puluh tahun bidang ekskavasi Mesir, saya tidak pernah lihat piramid yang ada hieroglif tertulis pada dindingnya."[8] Sepanjang tahun 1881, Maspero meneruskan penyiasatan di tapak-tapak lain di Saqarah, dan lebih banyak teks-teks sepertinya dijumpai di piramid Unas, Teti dan Pepi<span typeof="mw:Entity" id="mwVA">&nbsp;</span>II.[8] Beliau mula menerbit penemuannya di dalam Recueil des Travaux dari tahun 1882, dan terus melibatkan diri dalam pelbagai ekskavasi piramid yang mengandungi teks tersebut sampai tahun 1886.[10]

Maspero menerbitkan himpunan teks-teks tersebut pada tahun 1894 dengan judul Les inscriptions des pyramides de Saqqarah (Tulisan-tulisan dari piramid-piramid Saqarah).[8][2] Terjemahannya dibuat oleh Egiptologis Jerman bernama Kurt Heinrich Sethe ke bahasa Jerman pada tahun 1908–1910 dalam Die altägyptischen Pyramidentexte.[8] Senarai perkataan yang Sethe terbit dianggapkan sebagai teks piawai.[2] Samuel A. B. Mercer terbitkan terjemahan karya Sethe ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1952.[11] Egiptologis Raymond O. Faulkner kemukakan teks Inggeris tersebut dalam The Ancient Egyptian Pyramid Texts pada tahun 1969.[8]

Gustave Jéquier telah melaksanakan penyiasatan sistematik terhadap piramid-piramid milik Pepi II dan isteri-isterinya – Neith, Iput II, dan Wedjebetni[2] – dari tahun 1926 ke 1932.[8][10] Jéquier juga adakan ekskavasi terhadap piramid Qakare Ibi.[2] Beliau kemudian terbitkan himpunan teks-teks tersebut.[2] Sejak tahun 1958, ekspedisi di bawah arahan Jean-Philippe Lauer, Jean Sainte-Fare Garnot, dan Jean Leclant telah melaksanakan projek restorasi terhadap piramid-piramid milik Teti, Pepi I, Unas dan Merenre I.[2][12] Menjelang tahun 1999, piramid Pepi telah dibuka untuk khalayak awam, dan serpihan puing-puing di bersihkan dari tapak piramid sementara penyelidikan diteruskan dibawak arahan Audran Labrousse [fr].[10] Himpunan teks piramid dalam piramid Pepi I diterbitkan pada tahun 2001.[2] Pada tahun 2010, teks-teks tersebut juga ditemui dalam makam Behenu.[11]

Pada setakat ini, Teks Piramid telah ditemui dalam piramid-piramid firaun-firaun dan permaisuri-permaisuri berikut:

UnasWangsa Vmemerintah ca. 2353-2323 SM
TetiWangsa VImemerintah ca. 2323-2291 SM
Pepi IWangsa VImemerintah ca. 2289-2255 SM
Akhesenpepi II  Wangsa VIpermaisuri Pepi I
Merenre IWangsa VImemerintah ca. 2255-2246 SM
Pepi IIWangsa VImemerintah ca. 2246-2152 SM
NeithWangsa VIpermaisuri Pepi II
Iput IIWangsa VIpermaisuri Pepi II
WedjebetniWangsa VIpermaisuri Pepi II[2]
BehenuWangsa VImungkin permaisuri Pepi II[13][11]
Qakare IbiWangsa VIII  memerintah ca. 2109–2107 SM[2]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...